Monday, 13 January 2020

Sandakan English Speaking Programme 2020



Pendaftaran untuk mengikuti program bertutur dalam bahasa Inggeris dibuka sekarang bagi sesi tahun 2020 yang bermula pada 1hb Febuari 2020 bertempat di bandar Leetat Jaya Sandakan. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Sandakan yang ingin memperbaiki komunikasi dalam bahasa Inggeris.

Penyertaan terhad dibuka kepada 25 orang daripada pelajar sekolah rendah dan 25 orang pelajar sekolah menengah. Yuran yang dikenakan adalah RM80 sebulan untuk seorang pelajar. Sesi pembelajaran adalah setiap minggu pada hari Sabtu (4 kali dalam sebulan).

Terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Untuk sekolah rendah slot pagi bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Manakala slot petang dari jam 4 petang -5.30 petang. Bagi slot sekolah menengah pada waktu pagi bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari dan petang jam 2 sehingga jam 3.30 petang. Pelajar boleh memilih slot mengikut kesesuaian masa masing-masing.

Durasi program ini akan berjalan selama 10 bulan bermula bulan Febuari 2020 - November 2020. Makanan dan minuman akan disediakan kepada pelajar pada setiap slot yang mereka ikuti. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap pelajar sejurus program tamat pada November.

Kepada ibu bapa yang berminat dan ingin mendaftar anak mereka boleh terus whatsapp nombor hotline kami 017-8125427 atau tekan link pautan ini w.wasap.my/60178125427Sdkenglishspeaking sekarang untuk mendaftar dan butiran lanjut.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !