Tuesday, 17 December 2019

Hari Pembukaan Kolam Pancing Afprow Saujana Utama



Sabtu lepas bersamaan 14 Disember 2019 telah berlangsung hari pembukaan secara rasmi "Kolam Pancing Afprow" kepada orang ramai. Kolam Pancing Afprow terletak di Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor. 



Terdapat dua jenis kolam yang disediakan oleh pemilik kepada pengunjung atau pemancing iaitu kolam air masin (A) atau air tawar (B). Sempena hari pembukaan rasmi kepada orang ramai pemilik kolam menawarkan harga istimewa sebagai harga pengenalan kepada setiap pemancing. Harga kolam air masin dan air tawar tidak sama. Sila rujuk harga pakej seperti yang tertera di dalam banner.


Pihak pengurusan kolam telah menetapkan beberapa syarat yang wajib dipatuhi oleh semua pemancing yang memancing di kedua-dua kolam. Sekiranya para pemancing melanggar salah satu syarat yang dikenakan, tindakan tegas akan diambil seperti menyenarai hitam pemancing tersebut daripada mengunjungi kolam pancing Afprow di masa akan datang. 

Menurut pemilik kolam, sebanyak 600 ekor ikan telah dilepaskan sempena hari pembukaan rasmi kepada orang ramai. Dan dikhabarkan ramai pengunjung yang telah datang membanjiri kolam pancing afprow walau pun ketika itu hujan sedang turun. Namun pemancing tegar tetap tidak berganjak demi menunggu hasil pancingan. Sebahagian daripada hasil bayaran masuk akan disedekahkan kepada anak-anak tahfiz yang telah dipilih oleh pihak pengurusan kolam pancing afprow. Satu inisiatif yang patut dicontohi sambil berniaga dalam masa yang sama juga beramal. 

Kepada yang belum sampai dan masih tertanya-tanya bagaimana dan apa boleh berhubung terus dengan saudara Bro Win di talian 016-9336486 untuk sebarang info lanjut. Atau boleh follow dan like

Alamat :
Kolam Pancing Afprow
PT 1915, Bandar Saujana Utama
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Email : browin7617@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !