Wednesday, 20 November 2019

SHOW THEM YOU CARE !


Hello readers, I hope everyone sihat dan happy selalu di samping orang yang disayang. Just wanna share my personal Facebook Page : Lat Tina Sepet - Show Them You Care . Feel free to follow and share it.

Di ruangan ini aku banyak berkongsi penulisan pendek tentang isu-isu semasa terutama yang melibatkan permasalahan sosial yang semakin meruncing di negara kita Malaysia. Aku juga berkongsi pengalaman yang aku lalui sebagai seorang educator dan sosial aktivis yang membantu komuniti tanpa negara di Sandakan, Sabah khasnya dan komuniti yang memerlukan bantuan pendidikan dan sosio-ekonomi luar daripada Sabah amnya.

Dalam masa yang sama aku juga seorang pencinta alam dan manusia. Melalui gambar aku dapat berkongsi kegembiraan, perasaan cinta dan menghargai alam yang penuh nikmat ini dengan pembaca. Melalui gambar aku boleh berkarya menyampaikan luahan rasa dan hati agar mesej yang aku cuba sampaikan kepada pembaca dapat dipanjangkan.

Aku bukan seorang penulis yang hebat, jauh sama sekali. Tapi dengan menulis aku bebas melontarkan apa sahaja yang aku rasakan perlu untuk dikongsi dan diluah. Dan sudah tentu setiap isi penulisan itu ada mesej penting yang cuba aku terapkan menjadi pengajaran dan pelajaran kepada semua pembaca yang sudi menjengah.

Semoga dengan effort aku yang kecil ini dapat memberi sedikit manfaat bersama supaya kita menjadi manusia yang prihatin, manusia yang bertanggungjawab dan yang paling penting menyebarkan kasih sayang kepada semua manusia di dunia ini tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit kerana sesungguhnya kita adalah sama yang bergelar manusia menumpang di bumi sang 'PENCIPTA' maka jalankan watak kita sebaik mungkin and make this world as a better place.

Lastly, thank you so much pada yang percaya dan menyokong gerak-kerja solo ku selama ini. Semoga Tuhan sentiasa melindungi dan memberkati kita semua.

Amin.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !