Saturday, 2 November 2019

Pulau Berhala Sandakan Sabah - Pulau Pelancongan Terkenal



Jarak Pulau Berhala daripada Bandar Sandakan kira-kira 5 kilometer. Untuk sampai ke Pulau Berhala, pengunjung boleh menaiki bot yang akan mengambil masa selama 45 minit dan tambang yang dikenakan sebanyak RM15 satu kepala. Majoriti penduduk yang menghuni di Pulau Berhala adalah daripada masyarakat Bajau Laut yang datang daripada negara jiran iaitu negara Filipna. 

Mereka telah membina rumah dan menetap di situ sejak tahun 1963. Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai nelayan sebagai mata pencarian untuk membiayai keperluan seharian dan keluarga mereka. 

Menurut penulis sejarah Agnes Keith, dalam buku nya yang berjudul 'Land Below The Wind' semasa perang dunia kedua,
tentera Jepun telah mendarat dan menakluk Sandakan pada tahun 1942 sekaligus membina kem tahanan yang berpusat di Pulau Berhala. Ini merupakan satu faktor mengapa Pulau Berhala menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Selain daripada kisah tinggalan sejarah, Pulau Berhala juga dikunjungi kerana keunikan struktur batu-batuan yang terdapat di sekitar pulau tersebut (seperti dalam gambar di atas) dan air laut nya membiru. Pemilik bot mencadang kan kepada sesiapa yang berhasrat untuk berkunjung ke Pulau Berhala, waktu yang paling sesuai adalah semasa air tengah pasang dan dalam.  

Pulau Berhala juga merupakan satu tarikan kepada para hikers dan outdoorian yang suka akan aktiviti lasak kerana di sini terdapat trail untuk jungle trekking, rock climbing dan abseiling. Pemandangan daripada puncak sangat cantik dan mendamaikan. Ramai juga kaki-kaki pancing akan datang ke sini untuk mencuba nasib memandang kan di kawasan sekitar pulau ini banyak batu, dikatakan ikan kerapu banyak terdapat di sini.

Pesan khidmat masyarakat adalah dinasihatkan para pengunjung jangan datang pada musim monsun atas faktor keselamatan kerana pada waktu itu adalah musim tengkujuh dan dikhuatiri keadaan air laut berombak dan bergelora. Jadi kepada yang berhasrat untuk datang seelok nya datang selepas tamat nya musim tengkujuh sekitar bulan Februari sehingga bulan September. Ok guys sampai jumpa lagi di lain posting. 



No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !