Sunday, 24 November 2019

First Aid, CPR & Fire Awareness Training


Event Venue 

Recap last month programmed held in Pusat Pembelajaran Komuniti, Jalan Chow Kit Kuala Lumpur.
First Aid, CPR & Fire Awareness Training organised by Asian First Aid Academy conducted by Mr. Reza and coordinated by Miss. Emiliza. 

Peserta yang terlibat terdiri daripada anak-anak remaja dan komuniti jalanan Chow Kit di bawah seliaan Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur, penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dan pelajar daripada Universiti Malaya. Pelbagai informasi berguna dapat dikutip tentang asal usul kejadian api serta langkah-langkah pencegahan daripada kebakaran. 



Diselitkan juga taklimat tentang pertolongan cemas berserta demo dan bagaimana cara betul melakukan CPR bagi membantu mangsa yang mengalami pendarahan dan kecederaan sebelum pihak 999 tiba di tempat kejadian.


Selain mendapt ilmu yang bermanfaat, peserta yang terlibat juga dapat mengeratkan silaturahim dengan peserta lain semasa aktiviti interaktif dijalankan untuk memupuk sikap bekerjasama dan belajar berkomunikasi di antara peserta.



Terima kasih diucapkan kepada Cik Emiliza yang berjaya menganjurkan kursus sebegini yang memang sangat penting kepada masyarakat untuk tahu tentang bahaya nya api jika kita tidak mempunyai pengetahuan asas bagaimana mencegah daripada berlaku nya kebakaran. Sebelum bersurai seperti biasa sesi group photo diadakan dengan sijil kursus masing-masing.



Terima kasih juga diucapkan kepada semua peyumbang yang sudi menaja makanan sepanjang kursus dijalankan. Semoga kita akan berjumpa lagi di waktu yang lain dengan program dan kursus-kursus bermanfaat untuk semua dan terutama nya untuk komuniti setempat.

Tagline :
Api - padam padam padam
Tak padam - lari lari lari
Lari - bomba bomba bomba


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !