Tuesday, 29 October 2019

BACKLANE CINEMA - PENDEKAR BUJANG LAPOK







Last Friday, aku dan one of good friend of mine, Farah attended satu event yang dikenali sebagai Backlane Cinema bertempat di Lorong Bandar 13, Kuala Lumpur berdekatan dengan pasar seni. On that day, organiser memilih filem allahyarham seniman Tan Sri P.Ramlee 'Pendekar Bujang Lapok' untuk ditayang kan kepada semua pengunjung yang datang. Backlane cinema nih sama la macam wayang pacak tu. Yang best nya bila filem hitam putih ditayangkan terus teringat dan mengimbas kembali kenangan waktu zaman kecik-kecik dulu. Dulu-dulu tv hitam putih, takde cgi jadi bila tengok wayang tu memang sangat original takde edit atau tapis-tapis. Bahasa yang digunakan kan pun sangat dekat dengan penonton mudah nak faham.



Kalau korang nak tau, pengunjung yang datang hari tu semua nya mix. Ada yang datang siap pakai sampin, bawa anak bini, ada yang duduk kat bawah beralas kan tikar, lepas tu sambil makan sambil menonton fuhh memang terasa sangat back to the future. Overall semua yang datang ketawa terbahak2 dari mula filem ditayangkan sampai lah habis.
Aku personally setuju jika event sebegini dianjurkan sekerap yang mungkin. Bukan sahaja untuk mengajar masyarakat kita menghargai filem-filem karyawan tempatan tetapi ianya lebih kepada memupuk semangat perpaduan di antara kaum dan menghidupkan kembali laluan lorong belakang bangunan yang kebanyakannya telah ditinggalkan atas alasan ianya tidak selamat. Dalam masa yang sama penganjuran program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara komuniti setempat.
Syabas diucapkan kepada pihak penganjur kerana mengambil inisiatif untuk membangun semula backlane di sekitar Kuala Lumpur dengan menganjurkan program seperti ini. Yang pasti aku akan datang lagi untuk support usaha murni ini. Yang tak sempat join hari tu jangan risau kemungkian akan ada lagi acara seperti ini dianjurkan. So masa tu jangan tak datang pula yer 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !