Saturday, 2 November 2019

Pulau Berhala Sandakan Sabah - Pulau Pelancongan Terkenal



Jarak Pulau Berhala daripada Bandar Sandakan kira-kira 5 kilometer. Untuk sampai ke Pulau Berhala, pengunjung boleh menaiki bot yang akan mengambil masa selama 45 minit dan tambang yang dikenakan sebanyak RM15 satu kepala. Majoriti penduduk yang menghuni di Pulau Berhala adalah daripada masyarakat Bajau Laut yang datang daripada negara jiran iaitu negara Filipna. 

Mereka telah membina rumah dan menetap di situ sejak tahun 1963. Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai nelayan sebagai mata pencarian untuk membiayai keperluan seharian dan keluarga mereka. 

Menurut penulis sejarah Agnes Keith, dalam buku nya yang berjudul 'Land Below The Wind' semasa perang dunia kedua,
tentera Jepun telah mendarat dan menakluk Sandakan pada tahun 1942 sekaligus membina kem tahanan yang berpusat di Pulau Berhala. Ini merupakan satu faktor mengapa Pulau Berhala menjadi tarikan kepada para pengunjung.

Selain daripada kisah tinggalan sejarah, Pulau Berhala juga dikunjungi kerana keunikan struktur batu-batuan yang terdapat di sekitar pulau tersebut (seperti dalam gambar di atas) dan air laut nya membiru. Pemilik bot mencadang kan kepada sesiapa yang berhasrat untuk berkunjung ke Pulau Berhala, waktu yang paling sesuai adalah semasa air tengah pasang dan dalam.  

Pulau Berhala juga merupakan satu tarikan kepada para hikers dan outdoorian yang suka akan aktiviti lasak kerana di sini terdapat trail untuk jungle trekking, rock climbing dan abseiling. Pemandangan daripada puncak sangat cantik dan mendamaikan. Ramai juga kaki-kaki pancing akan datang ke sini untuk mencuba nasib memandang kan di kawasan sekitar pulau ini banyak batu, dikatakan ikan kerapu banyak terdapat di sini.

Pesan khidmat masyarakat adalah dinasihatkan para pengunjung jangan datang pada musim monsun atas faktor keselamatan kerana pada waktu itu adalah musim tengkujuh dan dikhuatiri keadaan air laut berombak dan bergelora. Jadi kepada yang berhasrat untuk datang seelok nya datang selepas tamat nya musim tengkujuh sekitar bulan Februari sehingga bulan September. Ok guys sampai jumpa lagi di lain posting. 



Monday, 27 May 2019

TIMBERLAND


Good timber does not grow with ease:
The stronger wind, the stronger trees;
The further sky, the greater length;
The more the storm, the more the strength.
By sun and cold, by rain and snow,
In trees and men good timbers grow.

Wednesday, 22 May 2019

Ramadhan Buffet Dinner @ Hotel Sandakan, Sabah.


Warga Sandakan, jangan lupa ajak sanak-saudara dan kawan-kawan mencuba sendiri ramadhan buffet yang disajikan oleh Hotel Sandakan. Tema dan konsep buffet ramadhan tahun ini 'MAPHILINDO' adalah gabungan daripada tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Terdapat 80 menu dan juadah berbuka puasa hasil gabungan ketiga negara disediakan khas kepada pengunjung di Palm Cafe bermula jam 5.30 petang hingga 9 malam. Harga yang dikenakan ke atas orang dewasa adalah sebanyak RM55, manakala kanak-kanak serendah RM25 seorang dan warga emas adalah sebanyak RM45 sahaja.

Jangan berlengah, jangan bertangguh terus hubungi 089-221122 ext 8003/8004 (Sales Dept) untuk membuat tempahan sekarang.

#HotelSandakan #RamadhanBuffet2019 #Sandakan #LTSMedia #MenuBerbukaPuasa2019


Monday, 13 May 2019

Kg Kem Pulau Mumiang Sandakan, Sabah.



Ndak dapat memancing not big problem to me. Yang penting sia dapat snap gambar orang memancing bahagia sudah sia rasa. Dua orang budak lelaki dalam gambar nih adalah pelajar sia di Pulau Mumiang.

Sia panggil dorang orang laut sebab kemahiran dan pengetahuan dorang dalam perihal laut dan semua nama jenis ikan yang ada di laut. Kadang tu dorang bawa sia pigi mancing di laut lubuk yang mana ada ikan. Hebat bah budak-budak ini sia memang salute la sama dorang.

Masa snap ini gambar dorang tidak tau, sia candid bah ini. Sia sengaja simpan sini sebagai koleksi dan kenangan. Mana la tau satu hari nanti dorang nampak ini gambar, mesti dorang happy. Harap akan datang sia mau snap lagi banyak-banyak gambar budak-budak ini. Biar berhambur gambar dorang di sini supaya bila sia rindu sama dorang, sia pun boleh tengok gambar dorang sini.

Sampai sini saja ah sia bekunyanyang. itu pun macam panjang sudah sia bekurapak di sini. Ok lah sia tidur dulu kalau rajin sia share lagi esok.

Selamat malam.

Bye. 

Ocean Palm Seaview Condo - Tanjung Kling Melaka

View from my room
Last year sia pigi bercuti di Melaka with bunch of friends and their family. Sia nih kana invite oleh dorang joing trip family dorang. Bilang orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Kebetulan hujung tahun sia memang free bah tiada planning mau ke mana-mana jadi sia terus kasik jadi la ikut sama dorang.

Nah sia ambil flight dari Sandakan direct ke Kuala Lumpur. Sampai KLIA sia punya kawan fetch di airport. Next day terus kamiorang drive ke Melaka dan check in di Ocean Plam Seaview Condo yang terletak di Tanjung Kling, Melaka.

Besar juga dia punya space oh memang sesuai kalau stay vacation sama family and friends. Sewa pun tidak la mahal sangat dalam RM300++ satu malam kalau sia ndak silap. Kamiorang stay 3H2M saja. Kelengkapan asas ada juga disediakan oleh tuan punya condo tu. Kalau mau memasak pun boleh dapur sama kelengkapan lain dorang kasik sedia juga bah. Mau beli minuman tin nah bulih juga kamurang simpan dalam itu peti sejuk. Memang serba lengkap siap kamurang buli lagi enjoy tengok Astro.

Depan condo nih dia punya view memang lawa sangat, kamurang boleh nampak itu laut selat Melaka. Kalau dari back view pula nah kamu nampak laitu perkampungan tempatan yang macam dalam gambar sia sempat shoot tu. Hijau saja saja yang ditengok tenang saja kepala pun ndak serabut.

Kalau rajin dekat condo nih ada jualan produk tempatan macam belacan Melaka, kuih-muih tradisional negeri Melaka. Jangan mau rugi beli dan bawa pulang bukan selalu dapat datang sini. Jadi apa lagi sia pun borong banyak-banyak untuk dibawa pulang ke Sandakan.

Overall sia enjoy stay di Ocean Palm Condo nih, memang puas hati, servis tip top dan paling penting harga mampu bayar :). Sia cadangkan kalau kamurang mau pigi bercuti di Semenanjung dan plan mau ke Melaka bulih sudah kamu masuk dalam list kamu ini tempat. Sangat disyorkan.

Bah, lain posting sia share lagi tempat lain ah untuk kamu. Mana lah tau hujung tahun kamurang mau cuti-cuti bah boleh la fikir-fikir mau pigi mana dari sekarang kan. Sampai kita jumpa next posting jangan kamurang jerak ah datang singgah di sia punya portal yang ndak seberapa ini.

Sunday, 12 May 2019

Selamat Hari Ibu !


Disebabkan satu dunia hari ini wish selamat hari ibu, sia pun ndak juga bah mau ketinggalan mau juga teampit wish sama semua kaum ibu di seluruh semesta alam nih. Tanpa ibu kita ndak kita besar macam sekarang. Ndak la sia mau kasik panjang-panjang tulis cuma sia doa kan semua ibu yang melahirkan dan membesarkan anak-anak, sia doakan semoga sentiasa dalam jagaan dan lindungan maha pencipta yang agung.

To my late mom, sia juga hari-hari angkat tangan sama pencipta supaya diringankan segala seksaan kubur dan diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Damai dan tenang la mama di alam sana. Dulu dan kini sia tetap sayang dan kasih sama mama ya. Dan of course rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada.

Kamurang yang masih ada orang tua jaga lah dorang bagus-bagus. Jangan sakit dan jatuhkan air mata dorang. Selagi orang tua kita hidup, belai dan sebarkan sayang kepada mereka bukannya wang ringgit semata-mata.

Bye.

Mancing di Kuala Gum Gum Batu 12 Sandakan, Sabah



Trip nih sia pigi bulan Ogos tahun lalu ngam-ngam tarikh hari jadi sia 21.08 - tahun ndak payah la kamurang tau ah :). Sia pigi ini trip sama kawan-kawan yang satu hobi juga. Dorang yang bawa,  sebab sia mau test power kunun di Kuala Gum Gum nih.

Kawan bilang, lubuk sini memang banyak ikan kalau bernasib baik dan keadaan air cantik kaw-kaw la ikan menyangkut. Nasib time sia sama kawan-kawan pigi air cantik. Jangan kamurang hairan sia nih kalau jumpa laut macam kesarungan sudah. Sampai ada kawan bilang sia sama laut berpisah tiada kunun. Nah hantam la kamurang mau cakap apa yang penting sia enjoy tarik kain.

Time sia pigi ini walaupun air cantik, ada juga berombak tapi gian punya pasal dikasik berani saja itu hati gara-gara mau dapat ikan mega. Dakat dua jam la begitu perjalanan ke tengah laut. Habis saja tekong kasik turun jangkarnya macam kesarungan sudah semua ndak kesabaran mengumban pancing macam saja takut ikan lari :). Begitu laitu kalau sudah dipanggil pemancing tegar ndak mau dibuang itu masa.

Ndak lama lepas tu nah kana tarik sudah pancing sia, sampai tebediri bah sia menarik sekali tinguk nah si ikan kerapu yang menyambar sia punya pancing. Puas hati memang puas hati layan tarikan si ikan kerapu nih, tapi sayang bah sia indak makan ini ikan. Jadi ceritanya, sia kasik sama orang saja. Kalau ndak silap berat itu ikan kerapu lebih adalah dalam satu kilo lebih. Kira bulih tahan juga la saiz nya.

So kepada kamurang yang kaki pancing tu, sia kasik cadangan kamu cuba ini lubuk. Kalau kena hari dan air memang ndak mengecewakan hasilnya. Umpan sia guna umpan udang hidup yang dibekalkan oleh tekong. Sewa bot RM50 satu kepala ndak termasuk umpannya bos. Umpan udang hidup boleh tempah awal sama tuan tekong.

Bah setakat ini dulu sia kongsi sama kamurang ah sampai kita jumpa lagi di cerita trip yang lain. Maju la pancing untuk negara :).

Nota kaki :
Kalau mau hubungi tekong boleh follow dia punya Facebook - Asal Kaw Senang.




Monday, 6 May 2019

Matahari Terbit Di Bumi Kampung Kem Pulau Mumiang, Sabah.



Setiap kali sia masuk mengajar di Pulau Mumiang nih memang ndak pernah sia ketinggalan mau shoot gambar masa matahari baru mau naik. Nah, sia kasik tau sama kamurang yang belum pernah pigi ini tempat, view nya memang lah sangat 'Awesome' orang putih bilang.

Sia rasa sangat damai dan tenang saja itu hati sama sia punya kepala kosong saja macam indada masalah saja (padahal betimbun-timbun). Yang best nya lagi awal-awal pagi kamurang nampak la mangak nelayan satu demi satu keluar ke laut mencari rezeki untuk keluarga. Nah kalau orang bandar jam 5.30 pagi tu masih lagi ada yang membuta sama selimutnya.

Kamurang bayangkan bah time sia shoot ini gambar, sia sambil minum kupi lagi oh. Mau kasik lagi kick itu kupi nah makan sama kontok-kontok bah baru ngam - mantap bah kan urang Sabah. Baru kupinya tu yang cap lampu tu kaw-kaw lagi dibuat, mana bah kamurang mau cari nikmat hidup begini.

Bah, sia lama baini sudah tidak menulis disebabkan talampau sibuk kunun sampai behabuk sudah rumah ku di sini. Kamurang ingat senang kah mau menulis mau kasik pembaca siok membaca. Kalau ndak siok cerita mu neh taik lah dorang mau datang kamurang punya blog atau portal.

Sebelum nih aku tulis dalam BI tapi entah tiba-tiba kepikiran pula sia untuk menulis dalam bahasa Sabah. Macam siok bah kalau kita menulis guna bahasa asal kita macam sia rasa dekat betul sama yang membaca ini. Lagi pun, sia mau kasik angkat bah ini bahasa Sabah nih supaya pembaca luar dari Sabah boleh belajar kan. Kamurang fikir la orang putih tu berabis dorang belajar bahasa Sabah, sedang kan kita pula berabis lupa bahasa asal tembuni kita.

Dari situ terus sia rasa tercabar mau kasik level UP bahasa Sabah nih ke peringkat yang lebih tinggi. Jadi sia harap akan lebih ramai pembaca yang perasan dengan perubahan penggunaan bahasa sia di sini. Sebelum tutup kadai, sia mau ucap terima kasih dulu sama pembaca setia sia yang rajin datang jalan-jalan di blog sia ini. Sia ndak janji mau kasik share cerita yang meletop-letop sama kamurang tapi sia akan cuba la ya. Jangan ja kamu jerak sana ah :). Bah jumpa next posting ah jangan nakal-nakal dan jaga diri.



Lat Tina Sepet
Sumandak Sabah


Thursday, 31 January 2019

Jemels New Arrival & Promotions !

Pre Raya Puasa Promotions 

ARMANI CLUTCH
PRODUCT DESCRIPTION
Material             : Premium Saffiano Synthetic Leather
Details               : Magnetic Front Flap
                          : Zip around closure
                          : Fitted with botttom handle 
                          : Detachable Wrist Strap
                    
Interior Details  : 2 flat pockets
                         : 4 credit card slots
Size Dimension : (L)26.5cm * (H)17cm * (W)6cm

Monday, 28 January 2019

Trip Memancing Spesis Ikan Sembilang @ Tanjung Manis Kg Bambangan Sandakan



My hobby is fishing. Whenever I have time, I will invite friends with me to go fishing either on the river or at sea. Shortened the story, on December 9 last year I and other friends have organized a fishing trip somewhere where I named myself as Tanjung Manis in Kampung Bambangan.

I name the place as Tanjung Manis in conjunction with Sembilang fish species and it is indeed the best place for the Sembilang fish species. Every time I came to Tanjung Manis, I and my friends never returned empty-handed. There must be some fish that will be taken home for a family meal.

Friday, 25 January 2019

Sandakan English Speaking Programme Promo !



Open to Sandakan, Sabah people who are keen, serious to improve and learn to communicate well English. The programme will be held twice a week. In one month, there were eight sessions attended.

The programme is also open to children aged 6 to 12, teenager aged 13 to 17 years old and adult categories starting 18 years and above including those currently working. The class will commence in February 2019.

The purpose of this programme is to create an awareness to the public how important it is to communicate properly in English. In addition, the program can also build the confidence of participants to speak boldly in public.

Therefore, parents with children who have problems communicating in English are encouraged to register your child immediately and enjoy promotional prices while the offer is still valid. If anyone is interested and serious to joint please contact 011-26627963 for registration and further info. Closing date of registration on 31st January 2019.

Monday, 14 January 2019

RAJU'S HILL STRAWBERRY FARM - CAMERON HIGHLAND



Looking back at the closing of 2018, I ended up with a vacation to Cameron Highland with my friends. When talking about Cameron Highland everyone will imagine a cool place, strawberry fruit and away from the bustle of the city.




Wednesday, 2 January 2019

HAPPY NEW YEAR 2019 !




Wishing everyone a very happy new year 2019 !

May this year of 2019 will bring more luck, more wealth, more health and more happiness to all of us. I would like to thank to all our readers for drop by here and your tremendeous support all the years.

Stay tune for more upcoming updates and post from us. Till then have a wonderful, blessed year ahead.

Respecftully from,
Latina Media Com