Wednesday, July 11, 2018

KEDAH INTERNATIONAL PICKUP CARNIVAL 2018







Alor Setar, Kedah – FORWARD KEDAH dengan kerjasama Kelab Permotoran Dark Smoke dan disokong oleh Kerajaan Negeri Kedah bakal menganjurkan himpunan peminat pick up terbesar di Malaysia pada 31 Ogos hingga 1 September 2018 bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah.


Festival yang dinamakan “Kedah International PickUp Carnival 2018 ’ ini juga akan mendapat penyertaan daripada kelab kelab dari Thailand dan Indonesia selain daripada lebih 2000 kenderaan pick up tempatan.


Aktiviti modifikasi kenderaan pickup ini mempunyai peminat tegar diseluruh Negara dan antara modifikasi yang menjadi ikutan ialah bodywork termasuk cat, bodykit, modifikasi enjin, modifikasi dalaman dan modifikasi system audio.


Program yang akan berlangsung selama dua hari ini dijangka mengumpulkan lebih daripada 20,000 peminat pickup dari seluruh tanah air termasuk dari Indonesia dan Thailand. Pelbagai aktiviti akan disediakan oleh penganjur FORWARD KEDAH, antaranya Persembahan muzikal, permainan kanak kanak dan jualan amal selain daripada program program teknikal melibatkan kenderaan pick up. Beberapa pengeluar kenderaan juga akan turut mengambil bahagian dan membuka booth jualan dan perkhidmatan. Beberapa jenama produk dan perkhidmatan after market seperti Dyno test, pemasangan audio, pemasangan rim, dan aksesori aksesori yang lain akan turut berada sepanjang carnival ini berlangsung.


Pengerusi FORWARD KEDAH, En Khairil Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industry pelancongan di tanah besar Kedah, program ini bukan sahaja dapat mengumpul peminat peminat kenderaan pickup dari seluruh rantau ini tetapi ianya juga bakal memberi impak ekonomi kepada pengusaha industry pelancongan di Bandaraya Alor Setar termasuklah pengusaha hotel dan homestay.


Manakala Tuan Haji Isahak Murad selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (bahagian pembangunan) pula berkata beliau berharap program ini menjadi salah satu cabang untuk memperkenalkan Negeri Kedah yang kaya dengan produk produk pelancongan kepada warga Malaysia keseluruhannya.



Kelab permotoran Dark Smoke akan turut mengadakan pertandingan modifkasi untuk pick up dan terbahagi kepada 20 kategori. Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan Karnival ini boleh didapati daripada laman web rasmi iaitu www. Kedahinternationalpickupcarnival.com dan media sosial rasmi KIPC. Sekiranya ada sebarang pertanyaan untuk info lanjut boleh berhubung terus dengan sekretariat penganjur seperti di bawah ini. 

  
Disediakan oleh:
PR Team,
FORWARD KEDAH
Unit f, First floor
HBR Garden Central,
Jalan Langgar, 05460
Alor Setar, Kedah
04-7301424 / 0135032623


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !