Saturday, June 2, 2018

JOM BERBUKA PUASA DI RESTORAN MERAKI SANDAKAN



FRONT VIEW



Hi warga Sabah, khas nya yang berada di Sandakan !

Admin akan kongsi lokasi berbuka puasa sekitar bandar Sandakan yang korang boleh consider sepanjang bulan ramadhan ini. Restoran pertama yang admin kongsi adalah  "Restoran Meraki Sandakan" berlokasi di Midtown Plaza berhadapan bandar Leetat Jaya. 

Apa yang menarik di restoran Meraki ini ?
Menu yang disajikan kepada pelanggan adalah menu sihat dan berkualiti. Pemilik restoran Puan Vanessa berkata, kualiti makanan sangat penting di mana semua menu yang disediakan akan di sukat dengan teliti untuk memastikan menu yang dihidangkan segar dan sihat.


PIZZA

MIX GRILL 

CREAMY SEAFOOD SPAGETTI 

APETIZER

MUSHROOM SOUP

BROCOLY SOUP

PUMPKIN SOUP

MERAKI COFFEE

COCKTAIL 
Tentang tempat meletak kenderaan korang tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak ruang letak kereta yang disediakan di hadapan restoran Meraki. Persekitaran restoran sangat selesa sesuai untuk golongan yang suka suasana tenang dan santai. Korang boleh ajak saudara mara, keluarga, kawan-kawan atau nak buat program khas juga boleh contoh sambutan ulangtahun perkahwinan, sambutan hari lahir atau kenaikan pangkat.

Bukan sahaja menu yang disajikan sedap dan berkualiti, harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dan berpatutan. Ditambah lagi dengan hiasan dalaman dan luaran restoran yang cantik dan ekslusif sudah cukup membuat semua pelanggan merasa selesa. Bagi yang ingin melayari internet kemudahan Wifi ada disediakan. 

Selain sajian barat, restoran Meraki turut menyediakan sajian makanan tempatan, masakan Indonesia, masakan cina bagi memenuhi selera pelanggan yang pelbagai kaum dan citarasa sendiri. Setelah merasai sendiri sajian yang disediakan untuk admin oleh chef restoran Meraki iaitu Encik Mohd Nazhar Bin Abdul Nasir ternyata tidak mengecewakan.

Admin syorkan untuk korang mencuba sendiri sup labu, sup cendawan, mix grill, seafood creamy pasta dan minuman kopi Meraki sendiri. Ini adalah antara menu yang menjadi pilihan pelanggan dan ianya memang sedap dan terbaik. Walau pun masih baru beroperasi Febuari 2018 lalu, namun sambutan yang diberikan oleh pelanggan sangat memuas kan. Tambahan pula rata-rata pelanggan yang datang memberikan komen dan maklum balas yang sangat baik sekaligus memberi satu inspirasi kepada pengurusan restoran Meraki untuk memberikan khidmat terbaik dan menu yang berkualiti sepanjang masa.

Jadi korang jangan teragak-agak untuk berkunjung dan mencuba menu seperti yang disebutkan oleh admin tadi. Sebelum menutup pena, admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Vanessa Kuah, Chef Mohd Nazhar dan tidak lupa juga kakitangan lain di atas peluang yang diberikan untuk membuat liputan media.

Kami mendoakan agar Restoran Meraki akan sentiasa maju dan maju dalam perniagaan yang dijalankan sepanjang masa. Kalau ada umur panjang mungkin kita boleh bekerjasama di hari yang mendatang.

Jangan lupa korang follow & like FB Page Meraki Restaurant Sandakan untuk mengikuti info terkini dan promosi yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !