Sunday, April 1, 2018

RUMAH RAKIT TO' WAN KG TELUK NIPAH, PULAU INDAH


Di bawah jenama Rumah Rakit To' Wan yang berada di jeti pengkalan nelayan Kampung Teluk Nipah Pulau Indah, pemilik mempunyai 3 buah unit rumah rakit yang beroperasi. Jom kami kongsi kan dengan anda maklumat Rumah Rakit To' Wan yang pertama iaitu Rakit Ania.


RAKIT ANIA
Rakit Ania merupakan rumah rakit pertama yang dibina dan beroperasi hingga sekarang. Kapasiti muatan bermula 10 hingga 15 orang pemancing pada satu sesi. Terdapat dua pakej yang ditawarkan kepada para pemancing. Pakej A kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM300 untuk satu rakit dan ianya adalah pakej privasi di mana tidak akan bercampur dengan pemancing lain dan hanya available pada hujung minggu hari Sabtu & Ahad. 

Manakala pakej B hanya available pada hari biasa bermula Isnin hingga jumaat. Kadar sewa yang dikenakan adalah RM30/rakit. Pakej ini anda akan bercampur dengan pemancing lain dengan erti kata lain tiada privasi. 


BILIK TIDUR / ISTIREHAT

Rakit Ania dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik untuk berehat, ruang dapur termasuk peralatan memasak, tandas (bekalan dari air hujan), peralatan BBQ, serta bekalan air yang bersih. Yang tak nak memancing jangan risau sebab ruang anjung untuk santai dan lepak rileks kan fikiran ada disediakan. Bekalan elektrik yang menggunakan tenaga solar ada disediakan.  

RUANG DAPUR / MEMASAK

BILIK MANDI / TANDAS

RUANG BBQ

RUANG ANJUNG
Harga Pakej A & B termasuk harga penghantaran pergi balik dari jeti pangkalan Kampung Teluk Nipah Pulau Indah. Waktu memancing yang diperuntukkan selama 12 jam sama ada check in pukul 8 pagi dan 8 malam. Pemancing hendak lah membawa umpan sendiri kerana ianya tidak termasuk dalam harga pakej. Gambar di bawah adalah hasil yang berjaya di naikkan oleh pemancing yang menginap di Rakit Ania.

HASIL TANGKAPAN PEMANCING DI RAKIT ANIA

RAKIT SENANGIN

VIEW TEPI RAKIT SENANGIN
Selesai Rakit Ania jom kite beralih ke Rakit Senangin. Di Rakit Senangin semua kemudahan dan kelengkapan sama sahaja seperti Rakit Ania. Yang membeza kan adalah harga pakej yang dikenakan kepada pemancing. Contoh harga pakej A adalah RM450/rakit dan pakej B RM45/rakit. Masa check in tidak berubah, kapasiti boleh menampung 15 hingga 18 orang pada satu sesi. Yang lain sama sahaja seperti Rakit Ania. 

RUANG DAPUR / MEMASAK

BILIK TIDUR / ISTIREHAT

BILIK MANDI / TANDAS
RUANG SANTAI DI TINGKAT 2
Untuk informasi semua pemancing, kedua-dua kawasan rakit ini telah ditanam reba dan tukun tiruan supaya ikan mudah datang bermain. Spesis ikan yang biasa menyambar joran di sini adalah ikan gelama, sembilang, senangin dan lain-lain. Memancing nih bergantung pada nasib dan rezeki. 

RAKIT SEMBILANG DALAM PROGRESS
Rakit ketiga iaitu Rakit Sembilang seperti dalam gambar di atas, masih dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap dan beroperasi awal bulan April ini juga. Anda tidak akan menyesal datang ke sini kerana bukan sahaja rumah rakit nya cantik, kemas dan bersih tetapi layanan yang diberikan oleh pemilik memang terbaik. Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat ambil telefon bimbit anda hubungi terus Tuan Wan Naza 011-5500 1176 / Tuan Rizal 011-5500 1179 untuk tempahan dan info lanjut. 

Sumber FB : Rumah Rakit To' Wan Kampung Teluk Nipah


2 comments:

Thanks for your comments much appreciated !