Sunday, April 1, 2018

RUMAH RAKIT BAGAN LALANG SEPANG




Rumah Rakit Bagan Lalang terletak di muara Sungai Sepang Besar Kampung Bagan Lalang Sepang, Selangor. Dibuka setiap hari bermula jam 1 tengahari sehingga jam 12 malam (24 jam) dengan kadar sewa RM400 bagi pakej 2H1M dan had maksima adalah seramai 15 orang pada setiap 1 sesi. Rumah Rakit Bagan Lalang tidak menyediakan pakej memancing untuk orang perseorangan. Kelengkapan asas seperti ruang dapur, keperluan alatan memasak ada disediakan untuk para pemancing yang ingin memasak. Begitu juga dengan kemudahan bilik mandi dan tandas turut disediakan oleh pemilik demi kepuasan dan keselesaan pemancing dan pengunjung.






Kemudahan bilik yang luas untuk beristirehat turut disediakan bagi menjamin keselesaan para pengunjung terutama yang datang bersama family. Kelengkapan lain seperti tv, kipas angin, katil juga ada disediakan. Bagi yang datang untuk santai-santai ingin melihat keindahan laut dan menghirup udara segar pangkin atau anjung juga disediakan. Dan kepada pengunjung yang ingin memangang hasil tangkapan, tempat memangan (BBQ) turut disediakan. 



Kepada pemancing yang tidak membawa tempat untuk menyimpan udang, jangan risau kerana Rumah Rakit Bagan Lalang ada menyediakan tong khas untuk udang hidup. Di sini bekalan elektrik ada dibekalkan yang menggunakan sumber generator. Bekalan air yang dibekalkan adalah dijamin bersih sama ada untuk cucian, mandian atau memasak. Dan yang paling menarik, pihak rumah rakit ini tidak mengenakan sebarang harga tambahan ke atas kelengkapan barangan asas yang disediakan. Jadi tidak ada sebab kenapa tidak berkunjung bukan ? 

Di bawah ini adalah beberapa gambar pemancing-pemancing yang sudah berkunjung dan berjaya mendapat hasil sambaran mereka untuk menjadi pembakar semangat kepada pemancing yang belum pernah datang ke Rumah Rakit Bagan Lalang Sepang. 








Kepada pemancing di luar sana yang berminat ingin mencuba nasib atau merasai sendiri pengalaman berada di Rumah Rakit Bagan Lalang boleh terus hubungi pemilik Tuan Ayie di talian +60106107777 untuk tempahan dan keterangan lebih lanjut.

Sumber FB : Rumah Rakit Bagan Lalang Sepang 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !