Sunday, April 1, 2018

HATI DAMAI BERADA DI QAI RAKIT SABAK DE'ROMPIN



Suasana kampung memang sentiasa menjadi pilihan setiap pemancing yang suka akan kedamaian dan lari dari kebingitan ibu kota. Kali ini kami bawa anda ke Qai Rakit Sabak De'Rompin yang terletak di Kampung Sabak, Kuala Rompin Pahang. Kebanyakan pemancing yang datang ke sini memburu si sepit biru yang menjadi tarikan utama. 



Seperti rumah rakit yang lain, kelengkapan dan kemudahan asas turut menjadi keutamaan pemilik demi memastikan pengunjung selesa dan berpuas hati setiap kali berkunjung. Antara kemudahan yang ada disediakan di sini adalah seperti 2 buah bilik dilengkapi dengan katil bersaiz queen. Ruang dan alatan dapur lengkap juga disediakan bagi memudahkan para pengunjung dan pemancing memasak. 





Harga sewa rumah rakit sangat berpatutan dan mampu bayar iaitu RM140 untuk bilik pertama dan RM80 untuk bilik kedua untuk satu malam. Keluasan bagi keseluruhan rumah rakit adalah 20 x 30 kaki persegi dan mampu memuat kan sehingga 15 orang dewasa. 


RUANG DAPUR/MEMASAK

Kemudahan lain seperti peti ais, peti televisyen dilengkapi siaran langganan njoi, bilik air atas rakit, kipas di dalam bilik dan ruang tamu turut disediakan demi untuk keselesaan para pengunjung. 









Kepada pengunjung yang bertandang untuk beristirehat ruang anjung untuk santai juga ada disediakan. Begitu juga hal nya jika ada pemancing atau pengunjung yang ingin memangang alatan BBQ dan arang boleh disewa di sini. Dari segi faktor keselamatan adalah terjamin terutama untuk kanak-kanak kerana sekeliling rakit dipenuhi dengan pagar setinggi 3.8 kaki. Dan kepada pemancing yang ingin memancing udang galah umpan pumpun turut dijual di sini dengan harga berpatutan.




Bagi pemancing yang berminat untuk memancing luar kawasan rumah rakit perkhidmatan sewa bot atau sampan ada disedia kan. Kemudahan lain seperti surau, gerai makan udang galah, kedai runcit dan tempat meletak kenderaan adalah berdekatan dengan rumah rakit. Jadi kepada pengunjung dan pemancing tegar yang berminat untuk membuat tempahan boleh terus hubungi Tuan Qai 019-2025600 untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut. 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !