Friday, March 23, 2018

DAY TRIP FISHING HOT SPOT JIGGING SEMPORNA ISLAND


 TEAM KAKI PANCING ADMIN (FB: Mohd Hafizan Ariffin)  

Minggu lepas geng kaki pancing admin organized satu jigging trip di perairan Semporna, Sabah. Ini day trip jigging yer bukan bermalam dan jumlah pemancing maksimum 8 orang. Harga sewa boat RM1500 tidak termasuk full pakej tapi jangan risau sebab makanan dan minuman ada disediakan. 
.
.
Masa memancing telah ditetapkan oleh tekong bermula jam 7 pagi - 5 petang. Jadi kena la pandai-pandai adjust masa sendiri dan paling penting kena make sure semua alat memancing dibawa sendiri, lengkap untuk sedia diguna pakai dan sedia beraksi. Tekong akan bawa di perairan yang mempunyai kedalaman 50 - 300 meter. 
.
.
Perjalanan ke hot spot mengambil masa kira-kira 30 minit hingga 1 jam menggunakan speed boat. Dan yang paling best tekong guna GPS FISH FINDER untuk menjejak hot spot untuk dapat hasil yang terbaik. Meh min kongsi video hasil tangkapan ( Rosy Snapper) yang berjaya dibawa naik oleh salah seorang geng pancing min 😊



Jika ada yang berminat nak mencuba nasib atau nak buat trip jigging ke perairan Semporna, Sabah boleh terus hubungi tekong 6013-8811769 (Abang Men) untuk pertanyaan lanjut. Selamat menonton video di atas dengan niat nak racun dan bakar kaki pancing lain hehehe. 




No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments much appreciated !