Friday, July 14, 2017

KEJOHANAN BOLASEPAK 9S PIALA PUSINGAN TAHUN KE 2 *DSAR CUP* 2017



{ SPECIAL SHOUT OUT }
KEJOHANAN BOLASEPAK 9S PIALA PUSINGAN TAHUN KE 2 *DSAR CUP* 2017...
👉   Tarikh 29-30 Julai 2017
👉Tempat padang kg. Bilit kinabatangan
👉Cabut undi 26hb julai 2017(rabu)
HADIAH:
👉JOHAN... RM1000 + 1SET JERSEY + PIALA PUSINGAN THUN KE 2
👉N.JOHAN... RM500 + 1 SET JERSEY
👉KETIGA... RM300
👉KEEMPAT... RM200
👉HADIAH TERBAIK:
- Pengurus
- Pasukan
- Pemain
- Goal keeper
- penjaring terbanyak
YURAN...
RM200.00

PUSAT REKREASI JETI KG BAMBANGAN SANDAKAN, SABAH



Produk pelancongan terbaru di Sandakan iaitu Port Rekreasi Jeti Kg Bambangan Jln Seguntor Batu 11 Sandakan, Sabah.
Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di sini bersama keluarga tersayang. Nak datang untuk santai² boleh, mandi-mandi pun boleh. Nak karaoke atau bbq pun lagi lah boleh.
Pada kaki pancing pula, korang pun boleh bawa joran rileks² sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Yuran sebanyak RM2 akan dikenakan kepada dan dibuka 24 jam.
Buat masa ini, difahamkan kemudahan penginapan belum dapat disediakan tetapi akan datang homestay akan dan permainan air seperti banana boat turut disediakan sebagai salah satu tarikan dan aktiviti keluarga.
Di sini terdapat restoran yang menyediakan hidangan masakan laut yang segar seperti ikan, ketam dan udang.
Jadi orang Sandakan dan pelancong luar jangan lupa foot print di sini cipta moment terindah korang bersama yang tersayang 😍







kdt: JETI Kg Bambangan

Saturday, June 17, 2017

PRINCESS MUSLIMAH SPA SANDAKAN




Bersiaran dan membuat liputan di salah sebuah spa muslimah yang terkenal di bandar Sandakan Princess Muslimah Spa Sandakan yang berlokasi di Bandar Indah dalam happy mart.
Beroperasi pada jam 10 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga jumaat. Manakala pada Sabtu dan Ahad spa akan dibuka pada jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang. Sepanjang bulan ramadhan masa operasi bermula pada jam 10.30 pagi sehingga jam 4 petang pada setiap hari.
Lokasi yang sangat strategik mudah dilihat dan dikunjungi. Macam² khidmat yang ditawarkan di spa ini seperti refreshing facial, body massage, pedicure dan manicure, ada sauna herba untuk buang angin dan macam² ada di spa ini.


Admin memilih untuk mencuba 'La Soul Facial Totok' kerana tertarik dengan keunikan nama tersebut dan perasaan ingin tahu bagaimana urutan dibuat. Totok tu bahasa jawa maksudnya ketukan yang disesuaikan dengan urutan secara lembut.


Secara keseluruhannya dari segi servis yang ditawarkan memang terbaik tambah² lagi harga yang dikenakan kepada pelanggan juga berpatutan kira harga mampu bayar. Keadaan persekitaran spa itu sendiri sangat unik dan cute lebih² lagi bila owner spa memilih interior dalaman barangan 'Hello Kitty' sebagai penghias. Lihat saja bedsheet katil juga daripada hello kitty simple namun nampak stylish.



Highly recommendation kepada ladies dan wanita² sekitar Sandakan korang memang patut datang dan merasai sentuhan berbisa daripada owner mahu pun team spa ini. Selain menawarkan perkhidmatan urutan dan facial, pemilik spa sendiri merupakan stokis bagi produk La Soul. Jadi pada yang berminat dan ingin mencuba produk tersebut boleh dapatkan di spa ini sementara ada harga promosi ditawarkan.






Last but not least, owner spa ini memang cantiks uols 😋. Kulit licin putih gebu mulus haih korang memang patut datang dan tanya apa rahsia kecantikan kulit beliau. Jangan risau sebab owner spa nih sangat peramah melayan setiap pelanggan yang datang.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik puan Nana kerana sudi melayan team kami semasa membuat liputan. Semoga perniagaan spa semakin maju dan berkembang selepas ini dan menambah lagi satu cawangan baru di masa hadapan. Kepada yang ingin datang dan membuat temu janji boleh berhubung terus di talian 011-8420304 atau follow FB: Princess Muslimah Spa Sandakan

Monday, June 12, 2017

RESTAURANT SABAH KERTANG SANDAKAN



Recap Food Review Restoran Sabah Kertang Sandakan, Sabah
Sabah Kertang merupakan sebuah restoran francais dari Sabah, Malaysia dan telah membuka restoran pertama pada tahun 2017 di Kota Kinabalu @ Sadong Jaya. Kini, Sabah Kertang mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu (Api-Api Centre, Sadong Jaya dan Plaza 333). Begitu juga di Miri, Sarawak dan terbaru di Sandakan.

Apa yang istimewa mengenai restoran Sabah Kertang adalah ikan kerapu gergasi/kertang yang dibekalkan setiap hari. Walau bagaimana pun terdapat juga ikan lain seperti tuna dan siakap, sotong dan udang sebagai menu tambahan untuk pelanggan cuba.



Difahamkan restoran Sabah Kertangan cawangan Sandakan baru dibuka pada awal Januari 2017 dan 100% halal. Semua pekerja termasuk chef adalah muslim jadi tidak ada sebab untuk diragukan kerana segala urusan pengendalian makanan dibuat oleh pekerja yang beragama islam.

Waktu perniagaan seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari Selasa hingga Ahad. Pada hari Isnin restoran Sabah Kertang Sandakan akan tutup. Nama restoran diambil sempena nama ikan Kertang yang semua orang sedia maklum isi ikan kertang sangat sedap dan lembutSemasa kami membuat review di sana team kami memilih untuk mencuba menu berbuka puasa yang ditawarkan oleh restoran ini. Kami disajikan menu berbuka puasa untuk 4 orang. Terdapat tiga pakej/set berbuka puasa yang korang boleh pilih di sini. Kami disajikan menu asam pedas ikan kertang, udang goreng telur, sawi manis dan air sirap.

Asam Pedas Ikan Kertang
  

Sawi Manis
Semua menu di sini adalah makanan yang sihat kerana ianya segar. Pemilik restoran sangat menitik beratkan kesegaran ikan yang dimasak demi memenuhi kepuasan dan cita rasa pelanggan mereka. Walaupun berkonsepkan makan laut namun menu lain juga ada disediakan. Pelanggan boleh makan santai di restoran atau membawa balik atau membuat pesanan terlebih dahulu. 

Sempena bulan ramadhan restoran Sabah Kertang Sandakan ada menyediakan menu berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Pakej berbuka puasa korang boleh lihat seperti di bawah ini. 



Kemudahan seperti WIFI ada disediakan di sini bagi memudahkan pelanggan yang memerlukan akses internet. Ruang untuk meletak kenderaan juga sangat selesa dan percuma berhadapan lokasi restoran. Suasana dan persekitaran restoran sangat cosy sesuai untuk seisi keluarga mahu pun grouping. Sementara menunggu pesanan sampai, pelanggan akan disajikan dengan slide show/video bagaimana proses pemeliharaan ikan kertang dibuat di kolam yang terletak di Lahad Datu.

Kesimpulannya korang wajib datang ke Sabah Kertang Sandakan dan mencuba sendiri menu mereka terutama Asam Pedas Ikan Kertang memang lain daripada yang lain. Kalau tak percaya korang kena datang tau. Terima kasih diucapkan kepada pemilik Sabah Kertang Sandakan En. Afiq Ifwat dan En.Nasir di atas kesudian melayan dan memberi peluang team kami membuat liputan tentang restoran yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar mahu pun tempatan.

Sabah Kertang Sandakan
Ground Floor, Lot 1, Block 6, Bandar Indah
Sandakan Town, Sabah, Malaysia
Tel : 089-213024
FB: Sabah Kertang Sandakan

Tuesday, May 16, 2017

CRYSTAL CROWN PETALING JAYA RAMADHAN BUFFET 2017




Room, Breakfast & Dinner - all prepared for you. Wind down and enjoy a relaxing stay inclusive of 2 meals when you book the Ramadan Package! 

Rate inclusive of delicious buffet breakfast & dinner starting from RM378nett per room per night.

Source fb : crystalcrownpj
#crystalcrownpj #buffetramadhan2017 #inforamadhanbuffet2017 #menuberbukapuasa #pakejberbukapuasa #latinamediacom

HOTEL PURI PUJANGGA BANGI RAMADHAN BUFFET 2017



Rent a booth just at RM500 only throughout this Ramadhan. Limited space available, so hurry up and reserve yours!

Info source FB : Hotel Puri Pujangga Bangi
#hotelpuripujangga #ramadhandinne #ramadhanbooth #ramadhanbazaar


V E HOTEL & RESIDENCE BANGSAR SOUTH



V E Hotel & Residence welcomes the upcoming holy month with an assortment of Arabian selections and local favourites that highlights the unique blend of Malaysia’s cultural flavours in our all-day dining restaurant, The Straits Estate.

From 29 May to 5 June, dine-in at RM98 nett per adult for early bird savings.
Send your bookings and inquiries to dine@vehotel.com


Source FB : V E Hotel & Residence welcomes the upcoming holy month with an assortment of Arabian selections and local favourites that highlights the unique blend of Malaysia’s cultural flavours in our all-day dining restaurant, The Straits Estate.
From 29 May to 5 June, dine-in at RM98 nett per adult for early bird savings.
Send your bookings and inquiries to dine@vehotel.com

Source FB : VEBangsarSouth

Monday, May 15, 2017

HOTEL ARMADA PETALING JAYA RAMADHAN BUFFET 2017



Ramadan is coming soon! 

Make your reservations now with to avoid disappointment. Get our Early Bird Vouchers from 2nd May till the 31st May 2017. Purchase five vouchers and get one free voucher!!

Source FB : HotelArmadaPj

#buffetramadhan2017 #ramadhanbuffet2017 #inforamadhanbuffet2017 #hotelarmadapetalingjaya #iftar2017 

KELAB RAHMAN PUTRA RAMADHAN BUFFET 2017




Ramadhan Buffet " Selera Aneka Rasa" @ Kelab Rahman Putra Malaysia!

Get your Early Bird Vouchers today! 

Over 70+ mouth watering delicacies served!

Don't miss out this opportunity to treat your loved ones and friends! Live band perfomances everyday!

Give us a call and get your early bird vouchers now!

Priced at Rm40 for weekdays and Rm60 for weekends! 


It doesn't get any better than this! Spread the news!


Source FB : KelabRahmanPutraMalaysia

#kelabrahmanputramalaysia #krpm #ramadhanbuffet2017 #seleraanekarasa #golfingfamilyfriendship 

#sungaibuloh #bukitrahmanputra #infobuffetramadhan2017 #latinamediacom

EASTIN HOTEL KUALA LUMPUR RAMADHAN BUFFET 2017



RAMADAN 2017 Early Bird vouchers are now for SALE!!! Hurry purchase yours today!
Info lanjut visit FB : eastinhotelkl

#buffetramadhan2017 #infobuffetramadahan2017 #specialramadhanpromosi2017 #iftar2017 #latinamediacom #foodlovers #foodhunter #foodtrail #eastinhotelkualalumpurramadhanbuffet2017

HOTEL BANGI PUTRJAYA RAMADHAN BUFFET 2017



#buffetramadhan2017 #infobuffetramadhan2017 #hotelbangiputrajaya #promosibuffetramadhan2017
#latinemediacom #foodhunter #foodlovers #foodsections

Thursday, February 16, 2017

MATT FAIR @ PWTC | 17-19 MAC 2017




MATTA Fair Mac 2017 kembali! 

MATTA Fair kembali lagi Mac ini 2017 dengan tawaran yang lebih hebat dan  banyak tarikan! Rancang percutian anda dan jangan lupa datang! Jumpa awak semua di sana. 

Tarikh & Tempat

17 Mac 2017 - 19 Mac 2017
10 pagi - 9 malam
Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur

Maklumat baru, MATTA Fair Mac 2017 memperkenalkan Dewan Negeri sebagai dewan baru dan Foyer di Aras 4 - Pakej domestik yang memuatkan lebih pempamer untuk semua! Jangan lupa untuk melawat Umrah Pavillion dan pentas utama di Dewan 1 Mezzanine bagi menyaksikan aktiviti utama dan juga selingan. 

Pelawat dikehendaki membeli yuran kemasukan RM4.00 sehari di kaunter. Pembelian tiket juga boleh dibuat secara online di laman web MATTA Fair http://www.matta.org.my 

Sebarang info atau pertanyaan boleh hubungi sekretariat Matta Fair seperti di bawah:

Ummi Haslinda Mohd Rosli

Senior Manager Events
ummi.haslinda@matta.org.my
Maziah Mihat
Head of MATTA Fair
maziah@matta.org.my




Sunday, February 12, 2017

CAMERON HIGHLAND BOH TEA CENTRE SUNGAI PALAS



Pusat Teh BOH Sungai Palas Cameron Highland
Satu destinasi yang mesti dikunjungi apabila anda melancong di Cameron Highlands iaitu lawatan ke Sungei Palas dan Boh Tea Gardens. Sungei Palas adalah rumah kepada Pusat Teh BOH yang baru dibina, mempunyai sebuah dewan pameran, cenderahati, kedai teh kedai dan Tea'ria. 

Di Pusat Teh BOH Sungai Palas ini, pengunjung dapat melihat secara langsung bagaimana teh Malaysia yang dibuat menggunakan kaedah pemprosesan tradisional di Kilang Teh. Jangan lupa untuk rancang masa anda untuk melawat ke Tea Garden BOH, taman terbesar di Cameron Highlands, dan nikmati secawan teh tanah tinggi yang segar di kedai teh asal BOH. 

Kilang Teh Boh juga dibuka untuk lawatan. Amat sesuai untuk seisi keluarga yang gemar meneroka dan bersantai, dan tidak mungkin akan mepaskan peluang untuk mengunjugi kedua-dua tempat ini. Untuk mengabadikan kenangan dan momen terindah jangan lupa membawa kamera anda bersama-sama kerana di sekitar taman-taman teh di sini mempunyai beberapa pemandangan yang paling hebat di Cameron Highlands.

Lebih daripada 5000ft atas paras laut, di banjaran gunung utama Malaysia, adalah salah satu tempat pertanian yang paling subur di negara ini: Cameron Highlands digelar 'Green Bowl Malaysia', tanah tinggi yang mempunyai semua sifat-sifat hak tanah pertanian Perdana - suhu yang sederhana, tanah tinggi, hujan yang banyak, masa yang lama cahaya matahari dan tanah saliran yang baik. 

Teh adalah seperti wain; di mana tanaman yang ditanam mempunyai pengaruh besar pada penghasilan akhir. Kebun teh BOH, menjadi keadaan persekitaran yang ideal bagi Cameron Highlands dengan ketepatan operasi jentera, menghasilkan teh dengan ciri-ciri yang luar biasa - terang dan pantas dilengkapi dengan aroma yang menarik.

BOH pek teh sendiri yang dipasarkan di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Hari ini, BOH mempunyai keluasan gabungan terbesar kebun teh di negara ini. Syarikat terus komited kepada legasi yang ditinggalkan oleh JA Russell: untuk menghasilkan teh yang tersendiri demi untuk generasi akan datang.

Waktu perniagaan bermula jam 9.30 pagi - 4.30 petang pada hari Selasa hingga ahad. Manakala pada setiap hari Isnin adalah tutup. Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi nombot telefon seperti di bawah;

Boh Tea Garden
39200 Ringlet
Cameron Highlands
Tel: 605-493 1324
GPS: 4.449171, 101.422596

Sungei Palas Garden
39100 Brinchang
Tel: 605-496 2096
GPS: 4.521016, 101.401327


"SELAMAT MELANCONG KE CAMERON HIGHLAND"