Saturday, November 1, 2014

KLEBANG FOOD FIESTA 2014 | DATARAN 1 MALAYSIA PANTAI KLEBANG,MELAKA

Orang Melaka Jom datang ke pesta makanan pantai Klebang !!


My Media Event dan Me&U Creative selaku penganjur telah bersepakat untuk berkerjasama bagi menganjurkan pesta makan yang berprestij ini. Malah ianya telah mendapat sokongan penuh daripada Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (BPP) dan Japerun Klebang. Dan dijangka akan ramai lagi agensi kerajaan dan swasta yang akan turut serta menjayakan pesta ini.

Klebang Food Fiesta 2014 ini akan berlansunga pada 28 - 30 Nov 2014 bermula pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam di dataran 1 Malaysia pantai Klebang. Sasaran pengunjung adalah sebanyak 100,000 orang selama 3 hari berturu-turut.